Abstract:
Tajuk kajian yang telah dipilih ialah Sistem Raxell untuk perniagaan By the Street Cafe. Sistem Raxell ialah satu sistem yang dihasilkan oleh pengkaji untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh perniagaan By the Street Cafe. Perniagaan ini mempunyai kekurangan dari segi pengiraan yang tidak sama dengan hasil yang diperolehi oleh perniagaan tersebut. Objektif yang ingin dicapai adalah mengenal pasti cara pemilik membeli barang dan mengenal pasti harga stok barangan bagi perniagaan By the Street Cafe. Objektif seterusnya ialah dengan adanya sistem Raxell ini juga dapat membantu perniagaan By the Street Cafe membuat pengeluaran wang masuk dan keluar yang sama. Projek kami ini dijalankan di By the Street Cafe, Permatang Tinggi C, Kepala Batas, Pulau Pinang. Dengan adanya Sistem Raxell ini dapat membantu perniagaan tersebut. Pengkaji juga membuat soal selidik dan temu ramah terhadap pekerja dan pemilik untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh perniagaan tersebut. Hal ini dapat membantu pengkaji dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh perniagaan tersebut supaya perniagaan tersebut dapat meneruskan perniagaannya.