Abstract:
Projek ini dihasilkan adalah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi di Politeknik Seberang Perai. Kafeteria Aqil bertapak di Politeknik Seberang Perai sejak tahun 2020 sehingga kini. Kafeteria ini beroperasi dari 8.00 pagi hingga 9.45 malam. Perniagaan ini dimiliki oleh Ahmad Aqil Taquidin. Hasil daripada sesi temubual bersama pemilik pengkaji mengetahui masalah yang dihadapi oleh pihak Kafeteria Aqil iaitu pelanggan yang ramai sehingga tidak dapat ditangani. Bagi memudahkan pengumpulan maklumat dan kajian, pengkaji memilih Kafeteria Aqil untuk menjalankan kajian. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi di kafeteria ini iaitu pelanggan yang ramai sehingga tidak dapat ditangani oleh pihak Kafeteria Aqil dan masalah proses pengambilan pesanan yang tidak cekap. Kajian ini dibuat untuk mendapatkan maklum balas daripada responden tentang Laman Web Café Aqil. Seramai 30 orang responden telah dipilih. Setiap responden yang dipilih telah diberikan borang soal selidik bagi memperolehi maklumat kajian yang dikehendaki. Segala maklumat akan diproses menggunakan perisian Microsoft Word dan Microsoft Excel. Dapatan kajian mendapati pembangunan Laman Web Café Aqil sangat diperlukan di kafeteria ini. Pengkaji berharap dapatan boleh menyelesaikan masalah ini dengan segera.