Abstract:
Politeknik Seberang Perai menjadi pusat tumpuan pengkaji untuk menjalankan kajian
yang di hadapi oleh mahasiswa. Masalah yang sering dihadapi terhadap mahasiswa
adalah masalah kewangan seperti perbelanjaan harian sehingga mahasiswa cenderung
untuk bekerja kerana untuk mendapatkan duit. Selain itu, ia dapat mengganggu masa
belajar mahasiswa serta boleh menimbulkan masalah disiplin dalam kalangan
mahasiswa di Politeknik Seberang Perai. Kebanyakan masalah kewangan ini adalah
dari mahasiswa yang lahir dalam golongan B40, anak yatim piatu dan yang tergolong
dalam golongan asnaf. Maka, mereka malu dan segan untuk tampil kehadapan
memohon bantun dan mereka juga rasa tidak selesa apabila maklumat peribadi mereka
terdedah kepada pihak yang lain. Dengan ini, pihak pengkaji telah berganding bahu
dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
untuk membantu mahasiswa yang datang daripada golongan-golongan ini
mendapatkan bantuan dari pihak-pihak yang tertentu. Oleh itu, pihak pengkaji
mencadangkan untuk membina satu laman sesawang jejak asnaf kampus bagi
memudahkan pelajar untuk memohon bantuan secara persendirian, yakin dan lebih
selesa. Kesimpulannya, dengan membina laman sesawang ini masalah kewangan yang
dihadapi oleh mahasiswa Politeknik Seberang Perai dapat di kurangkan dan mahasiswa
lebih yakin dan lebih selesa. Masalah kewangan yang dihadapi oleh mahasiswa
Politeknik Seberang Perai dapat di kurangkan dan mahasiswa lebih yakin dan lebih
selesa.