Abstract:
1
RINGKASAN EKSEKUTIF
Terdapat 10 Konsep Perniagaan yang diguna pakai dalam Perbankan Islam iaitu Mudharabah, Murabahah, Musyarakah, Bai Bithaman Ajil, Wakalah, Bai salam, Qardhul Hassan, Ar Rahnu, Ijarah dan Wadiah. Sebuah kajian telah dilakukan oleh pengkaji di Politeknik Seberang Perai. Pengkaji telah mengenal pasti beberapa masalah yang sering dihadapi oleh pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan Islam berkaitan mencari dan mendapatkan maklumat tentang Konsep Perniagaan yang diaplikasikan dalam Perbankan Islam dalam satu platform yang lengkap. Di samping itu, kajian yang dilakukan oleh pengkaji bertujuan untuk menghasilkan inovasi E-note yang mengumpulkan segala maklumat dalam satu platform tentang Konsep Perniagaan dalam Perbankan Islam. Dalam penghasilan inovasi E-note ini, pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah iaitu soal selidik, penggunaan Analisis SWOT serta pembacaan jurnal dan artikel. Dapatan analisis E-note ini dilakukan dengan menggunakan platform terkini iaitu google form dan telah mendapat sebanyak 100 orang responden yang terdiri daripada pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan Islam mengenai kesukaran mencari maklumat tentang Konsep Perniagaan dalam Perbankan Islam. Kesimpulannya, pengkaji yakin penghasilan inovasi E-note ini dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah pencarian maklumat tentang Konsep Perniagaan dalam Perbankan Islam secara sekali gus untuk digunakan sebagai rujukan dan memudahkan proses pembelajaran malah bukan sahaja itu ia juga dapat memberikan manfaat kepada orang ramai untuk mendapatkan pemahaman secara lebih terperinci tentang Konsep Perniagaan dalam Perbankan Islam dengan mengaplikasikannya dalam kehidupan harian.