Abstract:
Isu penipuan dalam pembelian barangan gharar menyebabkan orang ramai sukar dalam
menentukan barang yang ingin dibeli bebas daripada unsur yang dilarang oleh Syarak,
terutamanya ialah unsur gharar iaitu sesuatu barang yang membawa kepada akibat yang
tersembunyi dan tidak diketahui. Oleh itu, tercetusnya idea dari pihak pengkaji untuk
menghasilkan aplikasi EZiChoose dengan tujuan memberikan kefahaman yang jelas kepada
pengguna mengenai gharar iaitu ketidakjelasan atau ketidakpastian serta dapat menjimatkan
masa orang ramai dalam membuat pemeriksaan dengan mengenalpasti barangan yang ingin
dibeli bebas dari unsur-unsur yang dilarang sebelum meneruskan sesuatu pembelian. Kajian
ini dilakukan dengan menggunakan reka bentuk projek jenis nyata (berdasarkan produk /
inovasi) dan data dikumpulkan dalam bentuk kualitatif (pembangunan produk) dan kuantitatif
(soal selidik). Para pengkaji juga menggunakan kaedah analisis SWOT bagi mengetahui
kelemahan, kekuatan, peluang dan ancaman aplikasi EZiChoose. Bukan itu sahaja, aplikasi
ini juga merupakan suatu produk yang dapat menarik minat orang ramai serta dapat
diperluaskan ataupun diperkembangkan lagi kepada unsur-unsur lain yang berkaitan seperti riba (faedah) dan maisir (perjudian). Kesimpulannya, dengan kewujudan aplikasi EZiChoose ini dapat membantu orang ramai dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka sekaligus dapat membantu orang ramai melaksanakan sesuatu pembelian dengan lebih telus.