Abstract:
Ilmu mengenai faraid kurang dititikberatkan dalam kalangan pelajar jurusan Kewangan dan Perbankan Islam di Politeknik Seberang Perai menyebabkan kurangnya pengetahuan dalam ilmu ini. Hal ini menyebabkan, urusan pembahagian harta faraid di masa hadapan tidak dapat diuruskan dengan sempurna. Oleh itu, pihak pengkaji telah membuat satu aplikasi berkenaan dengan faraid iaitu EZ Faraid. Aplikasi ini dibuat untuk pelajar DIB bagi memudahkan pelajar untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai faraid. Dalam aplikasi ini terdapat pelbagai informasi mengenai faraid. Antaranya ialah pengenalan mengenai faraid, siapakah yang layak menerima harta faraid, cara pengiraan dan pembahagian faraid serta beberapa aktiviti dan maklumat berkenaan faraid. Tercetusnya idea pihak pengkaji untuk membuat aplikasi ini kerana segelintir pelajar DIB tidak mempunyai pengetahuan yang luas mengenai faraid. Dengan adanya aplikasi yang dibuat oleh pihak pengkaji pelajar DIB boleh menggunakan aplikasi ini dimana mana sahaja untuk kegunaan pada masa yang akan datang. Tercetusnya idea pihak pengkaji untuk membuat aplikasi ini kerana segelintir pelajar DIB tidak mempunyai pengetahuan yang luas mengenai faraid. Dengan adanya aplikasi yang dibuat oleh pihak pengkaji pelajar DIB boleh menggunakan aplikasi ini dimana mana sahaja untuk kegunaan pada masa yang akan datang.