Abstract:
Di dalam Al-Quran, dapat dijelaskan bahawa riba merupakan salah satu amalan yang dilarang
di dalam perspektif Islam. Dari segi Islam, riba merupakan perkataan yang berasal daripada
perkataan bahasa Arab yang bermaksud bertambah, berkembang, meningkat atau meninggi.
Dari segi istilah pula, riba bermaksud lebihan yang akan dikenakan di dalam urusan jual beli
hutang piutang dan pertukaran mata wang. Di dalam konteks ini, isu yang diketengahkan oleh
pengkaji ialah kemusykilan pelajar politeknik berkaitan konsep riba di dalam Islam. Justeru
itu, objektif utama pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap
pengetahuan dan pemahaman pelajar politeknik terhadap isu-isu berkaitan dengan riba.
Untuk mengenal pasti pemahaman pelajar politeknik berkaitan isu riba, pengkaji telah
menjalankan satu kaedah analisis data yang dikenali sebagai analisis SWOT. Kaedah analisis
SWOT ini merupakan kaedah yang digunakan untuk memahami kekuatan dan kelebihan
dalam penciptaan sesuatu produk inovasi. Selepas mengenal pasti isu berkaitan riba, pengkaji
telah menghasilkan satu produk inovasi yang dapat memberikan pemahaman yang cukup
ringkas dan jelas kepada pelajar politeknik dan komuniti lain. Produk inovasi yang dihasilkan
telah diedarkan dan hasil dapatan kajian menunjukkan keputusan sangat positif dari segi
penerimaan produk inovasi e-maklumat yang disampaikan oleh pengkaji. Berdasarkan
produk inovasi yang dihasilkan oleh pengkaji, produk ini mempunyai nilai komersial yang
baik. Hal ini kerana isi kandungan dan infografik yang terdapat di dalam produk inovasi emaklumat
ini bersesuaian dengan pembelajaran alaf baru pada masa kini dan mampu menarik
minat pelajar untuk menggunakannya. Secara kesimpulannya, dapat dijelaskan bahawa
objektif atau matlamat yang diharapkan oleh pengkaji dalam pembangunan produk inovasi
ini adalah tercapai. Hasil dapatan kajian daripada analisis keberkesanan dan analisis SWOT
yang dilakukan pengkaji mendapati bahawa produk inovasi yang dibangunkan ini boleh
diguna pakai oleh pelajar dan masyarakat yang lain untuk dijadikan sumber rujukan sama ada
pada masa kini atau pada masa yang akan datang.