Abstract:
Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk menbangunkan laman sesawang yang menyenaraikan semua menu dan harga kepada pelanggan Mommymin Kitchen untuk memudahkan pelanggan melihat menu dan harga yang dijual di kedai tersebut. Manakala kod Quick Response atau dikenali sebagai QR code untuk diimbas oleh pelanggan untuk memasuki ke laman web yang telah disediakan oleh pengkaji supaya dapat melihat menu dan harga yang terdapat di kedai tersebut. Masalah yang dikenalpasti sebelum system ini dibangunkan ialah kesukaran pelanggan untuk melihat menu dah harga yang terdapat dikedai tersebut. Tambahan pula, pengkaji mendapati dikedai tersebut tidak mempunyai banyak menu yang dipaparkan oleh pemilik kedai Mommymin Kitchen. Kesannya, menyebabkan kesukaran kepada pelanggan untuk melihat atau mengetahui makanan yang dijual di kedai Mommymin kitchen tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk memudahkan urusan pesanan antara peniaga dan pembeli. Serta akan mendapat pelanggan jangka panjang. Sistem laman web ini akan dapat membantu menjimatkan masa pelanggan dan peniaga untuk melihat menu, membuat pesanan dan mengambil pesanan.Seterusnya, sistem laman sesawang ini mudah diguna pakai oleh semua pelanggan dan pekerja kerana produk yang akan dihasilkan adalah mesra pengguna kerana ianya hanya perlu mengimbas QR code. Akhir sekali, sistem laman web yang dibangunkan ini diharapkan dapat memberikan kesan positif dari pihak peniaga dan juga pelanggan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi laman sesawang dalam perniagaan Mommymin Kitchen.