Abstract:
Aplikasi ini kami bangunkan untuk seluruh syarikat
yang melakukan perkhidmatan penghantaran barangan dan makan. Contohnya, J&T,
FOODPANDA, GRABFOOD, POS LAJU, McDelivery, dan lain-lain lagi. Manakala,
masalah mereka ialah motosikal mereka sering berlakunya kerosakan secara tiba-tiba
semasa mereka melakukan penghantaran. Jadi kami memutuskan untuk membantu
mereka melalui aplikasi mudah alih. Aplikasi mudah alih ini adalah mudah untuk
mencari mekanik tepat pada masanya tanpa membuang waktu berharga penghantar
barangan dan makanan tersebut. Sama seperti objektif projek kami iaitu dapat
menghasilkan sebuah perisian aplikasi yang mampu memudahkan penggunanya
ketika berada dalam masalah. Selain itu, aplikasi mudah alih kami ini juga dapat
mengurangkan masalah pesanan yang dihantar lambat oleh penghantar barangan dan
makanan atas sebab membaiki kerosakan pada motosikal mereka.Ianya bermaksud,
jika penghantar barangan dan makanan menggunakan perkhidmatan dari mekanik
iaitu orang yang lebih pakar dalam membaiki motosikal ini, kemungkinan masa yang
diperlukan untuk membaiki motosikal akan menjadi lebih pendek. Maka,dengan ini
kes “Delay Delivery” dapat dielakkan,dan pesanan yang dipesan oleh pelanggan dapat
dihantar pada waktu yang tepat.