Abstract:
Smart Attendance merupakan satu aplikasi yang dibangunkan bagi membantu Syarikat CarePlus Glove Sdn. Bhd. dalam memudahkan lagi kerja mereka untuk merekodkan kehadiran dan pengurusan yang berkaitan cuti di gudang mereka. Aplikasi Smart Attendance ini dihasilkan oleh pengkaji dengan menggunakan platform XAMPP Control Panel. Tujuan penghasilan aplikasi Smart Attendance ini juga adalah untuk memudahkan pihak Sumber Manusia untuk memantau dan menganalisis data berkaitan kehadiran dan pengurusan cuti setiap pekerja di dalam Gudang CarePlus Glove Sdn. Bhd. Ciri-ciri yang tersedia di dalam aplikasi Smart Attendance ini digunakan tanpa perlu pengesanan cap jari dan tidak menggunkan kertas secara manual. Oleh itu, pengkaji telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan aplikasi Smart Attendance ini kepada Syarikat CarePlus Glove Sdn. Bhd. Diharapkan aplikasi Smart Attendance ini bukan hanya digunakan di Syarikat CarePlus Glove Sdn. Bhd. tetapi juga boleh digunakan di mana-mana syarikat yang berkaitan dengan merekodkan kehadiran pekerja