Abstract:
StocApp ini merupakan satu aplikasi yang dihasilkan untuk memberikan kemudahan kepada Kedai Runcit Faiz Bayor 96 Enterprise dalam pengurusan stok. Pengkaji menghasilkan Aplikasi StocApp ini menggunakan Aplikasi Java yang merupakan platform bangunan aplikasi yang mudah dan pintar yang dibangunkan oleh pemaju aplikasi yang berkemahiran. Tujuan penghasilan Aplikasi StocApp ini untuk membantu pekerja-pekerja Kedai Runcit Faiz Bayor 96 Enterprise dalam mengurus dan membuat pengiraan stok dengan lebih tepat serta menjimatkan masa. Masih ramai peniaga runcit zaman sekarang menguruskan keluar/masuk stok secara manual dengan menggunakan buku. Jadi dengan penghasilan Aplikasi StocApp ini amatlah bersesuaian dengan kepentingan pada masa sekarang dalam menguruskan stok dengan lebih moden dan efisien. Antara ciri Aplikasi StocApp ini adalah untuk memberi kemudahan kepada Kedai Runcit Faiz Bayor 96 Enterprise menguruskan stok keluar/masuk dalam masa yang cepat dan tepat. Aplikasi StocApp ini juga akan tertera bahagian untuk mengisi tarikh, nama item, dan jumlah keluar/masuk stok terkini untuk dijadikan rekod Kedai Runcit Faiz Bayor 96 Enterprise. Ini membuatkan rekod stok keluar/masuk akan lebih teratur dan jelas serta tidak berlaku lambakan atau keciciran stok. Penghasilan Aplikasi StocApp ini menerima sambutan yang positif daripada Kedai Runcit Faiz Bayor 96 Enterprise. Dengan penghasilan Aplikasi StocApp ini, pengkaji berharap Aplikasi StocApp dapat dikomersialkan dan digunakan bukan sahaja kepada kedai runcit malahan kepada pasaraya-pasaraya besar.