Abstract:
Aplikasi E-FIFO (First In First Out) merupakan satu aplikasi yang dihasilkan bagi
membantu Syarikat DHL Express Sdn. Bhd. dalam memantapkan lagi strategi
pengurusan penghantaran bungkusan mereka. Aplikasi E-FIFO ini dihasilkan oleh
pengkaji dengan menggunakan platform seperti Google Firebase,Inc, Android , IOS ,
web , C ++ dan Unity. Tujuan penghasilan Aplikasi E-FIFO (First In First Out) ini juga
adalah untuk memudahkan urusan perkhidmatan kurier seperti proses penghantaran
bungkusan secara sistematik dan cara mengendalikan masa penghantaran. Pada masa
kini, kaedah menggunakan teknologi digital jauh lebih mudah dan berhasil berbanding
menggunakan kaedah sedia ada yang tidak cekap dan ketinggalan. Antara ciri-ciri yang
disediakan di dalam Aplikasi E-FIFO (First In First Out) ialah pihak syarikat dapat
mengetahui masa penghantaran dan masa ketibaan barang sampai di hub dalam tempoh
yang ditetapkan oleh syarikat dengan menggunakan aplikasi ini. Penerimaan pihak
syarikat terhadap Aplikasi E-FIFO (First In First Out) ini sangat positif kerana dengan
wujudnya aplikasi ini dapat memudahkan apa jua urusan syarikat sekali gus
dapat mengelakkan daripada merekod maklumat yang tidak tepat. Oleh itu, pengkaji
telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan Aplikasi E-FIFO (First In First Out) ini
kepada pihak syarikat.