Abstract:
Kajian ini bertujuan menilai kebolehgunaan laman web yang mudah alih dalam sesebuah perniagaan menggunakan medium teknologi. Laman web yang mudah alih ini dibangunkan untuk membantu syarikat pembangun di luar sana dalam menjalankan perniagaan mereka. Hasil dapatan daripada kajian ini mendapati bahawa pensyarah bersama dan pelajar sangat berpuas hati terhadap laman web yang dibangunkan ini. Tambahan pula, pembinaan laman web yang mudah alih ini berjaya dibangunkan dan berpotensi dapat membantu syarikat di luar sana. Kesimpulannya, diharapkan laman web ini dapat memberikan ruang serta idea kepada inovasi yang seterusnya dalam medium teknologi yang sedang membangun pada masa akan datang.