Abstract:
Perkembangan teknologi maklumat banyak membantu dunia untuk mencapai kemajuan. Hal ini kerana, melalui perkembangan teknologi maklumat pelbagai perkhidmatan dapat disediakan contohnya dalam sektor perniagaan, melalui perniagaan yang dijalankan pihak pengusaha dapat memajukan aktiviti perniagaan mereka dengan memudahkan pelanggan untuk membuat pesanan melalui QR code. Walaubagaimana pun, pada masa kini pelbagai masalah dan kekangan yang perlu ditempuhi ketika pelanggan ingin membuat pesanan seperti kekangan dari segi masa. Oleh itu, objektif penggunaan QR code adalah untuk membangunkan sebuah sistem untuk memesan makanan dan minuman secara atas talian bagi membantu masalah-masalah yang dihadapi pada Kedai Nasi Kukus Aishah. Pesanan makanan adalah perkhidmatan yang sangat penting untuk restoran. Terdapat beberapa masalah yang dihadapi dalam sistem pesanan makanan yang sedia ada pada masa kini. Perselisihan antara pelayan dan pelanggan semasa pesanan adalah salah satu isu yang timbul. Pelanggan juga mesti menunggu lama untuk pelayan tiba dan mengambil pesanan mereka. Selain itu, sistem pesanan yang paling ideal untuk mengendalikan proses pengambilan pesanan makanan adalah sistem yang memanfaatkan teknologi QR code. Sistem pesanan makanan yang berdasarkan teknologi QR code adalah satu penyelesaian kepada masalah ini. Pelanggan hanya perlu mengimbas QR code pada menu makanan untuk memesan. Pelanggan juga boleh membuat maklum balas melalui system ini. Hal ini membolehkan perniagaan mengetahui tahap kepuasan pelanggan serta memperbaiki kekurangan perniagaan. Oleh itu, objektif penggunaan i-oder QR code menu adalah untuk membangunkan sebuah sistem untuk memesan makanan dan minuman secara scan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi pada Kedai Nasi Kukus Aishah. Hasil projek adalah suatu sistem yang berupaya untuk membantu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan.