Abstract:
Kajian ini telah dijalankan di Butik D’Nostalgia, kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji Qr code yang akan dilaksanakan dapat membantu Butik D’Nostalgia dalam mengawal kesesakan pelanggan masuk ke dalam butik. Dengan membangunkan Qr code ini dapat memudahkan urusan pelanggan di Butik D’Nostalgia. Selepas perbincangan bersama dengan pihak Butik D’Nostalgia didapati terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh Butik D’Nostalgia iaitu masalah kekurangan tenaga kerja, kurang kawalan terhadap pelanggan keluar masuk ke butik, masalah pelanggan terpaksa menunggu lama dan berlakunya pembaziran masa.
Jadi, pengkaji telah membuat keputusan untuk membangunkan Qr code bagi menyelesaikan masalah tersebut. Antara objektif pembangunan Qr code adalah membantu Butik D’Nostalgia mengawal jumlah kemasukkan keluar masuk, membantu pelanggan menjangka waktu giliran dan memudahkan pengendalian semasa membuat tempahan.
Produk ini telah berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Butik D’Nostalgia dan memberi impak terhadap pihak syarikat dalam mengawal jumlah kemasukkan pelanggan ke butik, membantu pelanggan dan pekerja dari segi penjimatan masa.