Description:
Objektif projek ini adalah untuk merekabentuk atau membina sebuah akuarium automatic bagi mereka yang tidak mampu menjaga dan memerhatikan ikan dan akuarium mereka setiap hari dan mengurangkan factor manual seberapa banyak yang mungkin. Akuarium ini akan melaksanakan semua langkah-langkah secara automatik seperti memberi makanan kepada ikan-ikan dalam akuarium, membuka lampu apabila sekitarnya menjadi gelap, menyalurkan oksigen, dan menukar air melalui suis yang disediakan. Dalam konteks ini, untuk menghasilkan sesuatu yang berguna, ia harus berdasarkan kehendak dan permintaan pengguna pada masa kini. Projek ini diberi nama ‘SMART Akuarium’. Projek ini merangkumi litar LDR untuk lampu dan litar motor DC untuk memberi makanan kepada ikan-ikan dalam akuarium. Litar utama mengandungi Arduino yang mengawal keseluruhan litar-litar yang lain. Arduino ini akan menghantar isyarat ke litar-litar. Litar ini menggunakan Arduino jenis UNO.