Description:
Pengangkutan memainkan peranan yang penting dalam sistem pengangkutan.Pengangkutan seperti Food Truck ini bukan satu benda yang baru dalam dunia perniagaan trak makanan. Kajian ini dimulakan dengan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan pembeli terhadap perkhidmatan Food Truck.Pembolehubah mempengaruhi pilihan pembeli terhadap perkhidmatan Food Truck termasuk faktor masa, faktor harga dan faktor promosi. Bagi mencapai objektif kajian,seramai 100 responden yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang menjadi pelanggan Food Truck disekitar Georgetown. Metodologi yang digunakan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi pemilihan ini adalah kaedah tinjauan dengan mengedarkan soalan soal selidik kepada responden yang dipilih secara rawak. Hasil dapatan kajian diproses menggunakan sistem SPSS (Statistical Package for Special Science) versi 20.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor masa menjadi faktor utama dalam penerimaan pelanggan kepada penerimaan Food Truck dalam kalangan orang awam di sekitar Georgetown, diikuti oleh faktor harga dan faktor promosi.