Description:
Kajian ini adalah untuk mengetahui penerimaan pengguna terhadap Bas Rapid Penang dua tingkat di Georgetown Pulau Pinang dari perspektif logistik. Kaedah skop kajian ini hanya menumpukan di sekitar Georgetown, Pulau Pinang. Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengkaji pandangan pengguna terhadap faktor promosi, faktor fasiliti dan faktor lokasi bagi perkhidmatan Bas Rapid Penang dua tingkat. Responden kajian adalah 100 orang yang terdiri daripada orang awam yang dipilih secara rawak.Kajian ini dlijalankan untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna. Bagi memenuhi objektif kajian, borang soal selidik telah diedarkan dan dianalisis dengan teliti ke atas setiap boring soal selidik. Data-data yang diperolehi melalui perisian "Statistic Package Of The Social Science'' (SPSS) version19 adalah membantu penganalisan dan dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik, min dan frekuensi.Daripada dapatan kajian, jelas menunjukkan faktor lokasi (paling tinggi jumlah purata min) adalah amat mempengaruhi penerimaan pengguna terhadap Bas Rapid Penang dua tingkat di Georgetown Pulau Pinang.