Description:
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji tahap pengetahuan terhadap PLUS Mobile Apps dalam kalangan warga Politeknik Seberang Perai. Kajian ini menekan kepada tiga aspek iaitu faktor perkhidmatan, faktor promosi dan juga faktor sistem di kawasan Politeknik Seberang Perai sahaja. Ini adalah berikutan kebanyakkan warga Politeknik Seberang Perai tidak mengetahui kewujudan perisian PLUS Mobile Apps yang ditubuhkan oleh PLUS Malaysia Berhad (PMB). Pada pendapat mereka, perisian ini tidak penting bagi pengguna lebuhraya dan banyak permasalahan yang akan timbul semasa menggunakan aplikasi ini. Oleh sebab itu, kami menjalankan kajian terhadap penggunaan perisian ini memandangkan tidak banyak kajian dijalankan untuk melihat permasalahan ini. Kami memfokuskan kepada 100 orang responden untuk membantu kami mengkaji tahap pengetahuan terhadap aplikasi ini. Setiap maklumat yang kami perolehi telah kami persembahkan melalui statistik kaedah SPSS (Statistical Package for Social Science). Keputusan kajian menunjukkan ramai warga Politeknik Seberang Perai menggunakan aplikasi ini. Aspek sistem yang telah dikaji ternyata merupakan antarafaktor utama dalam penggunaan perisian PLUS Mobile Apps dalam kalangan warga Politeknik Seberang Perai.