Description:
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap pengurusan pergudangan di Syarikat Malaysia NPK Fertilizer. Kajian ini di jalankan adalah bagi mendapatkan maklumbalas daripada pekerja di syarikat itu mengenai pengurusan pergudangan dari segi tahap keselamatan, tahap inventori dan tahap sistem. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak daripada keseluruhan pekerja di syarikat Malaysia NPK Fertilizer. Kajian ini menggunakan bahan metodologi dari sumber primer dan skunder. Borang soal selidik digunakan sebagai sumber primer. Borang soal selidik ini terdiri daripada 30 soalan dan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian A dan B. Bagi memenuhi objektif kajian borang soal selidik ini telah diedarkan kepada responden untuk memperolehi maklumat kajian. Diharapkan dengan kajian ini dapat membantu pihak syarikat Malaysia NPK Fertilizer dalam meningkatkan pengurusan pergudangan di masa akan datang terutamanya daripada aspek keselamatan, inventori dan sistem.