Description:
Tujuan kajian ini dijalankan untuk Mengkaji Sambutan Orang Ramai Terhadap Perkhidmatan Teksi Di Butterworth. Kajian ini dibuat untuk maklum balas daripada penumpang tentang perkhidmatan teksi dari aspek keselamatan, tambang dan layanan. Seramai 100 orang ramai responden telah dipilih secara rawak daripada keseluruhan yang terdiri daripada penumpang teksi di perhentian teksi di Butterworth. Kajian ini menggunakan bahan metodologi dari sumber primer dan sekunder. Bagi memenuhi objektif kajian, borang soal selidik telah diedarkan kepada responden untuk memperolehi maklumat kajian. Daripada dapatan kajian, menunjukkan penumpang yang menggunakan perkhidmatan teksi amat mementingkan keselamatan, tambang dan layanan dari perkhidmatan tersebut. Harapan terhadap kajian ini adalah supaya pihak Koperasi Kenderaan Maju Jaya Seberang Perai Sdn.Bhd dapat. mempertimbangkan cadangan yang telah dikemukakan terutamanya dari segi menitikberatkan tentang aspek keselamatan ketika membawa penumpang, mengkaji semula kadar tambang yang dikenakan, menyediakan pas bulanan kepada penumpang yang selalu menggunakan perkhidmatan teksi, menyeragamkan pemandu teksi dengan penggunaan pakaian beruniform dan menyediakan peti cadangan membolehkan penumpang mengemukakan cadangan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan teksi tersebut.