Description:
Projek ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi Staf Politeknik Seberang Perai membeli secara atas talian berdasarkan faktor kepercayaan, trend masa kini dan masa. Instrumen kajian yang digunakan bagi menjawab objektif-objektif kajian khusunya ialah berbentuk borang soal selidik. Borang soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Soalan-soalan yang dikemukakan di dalam bahagian A adalah soalan tentang latarbelakang responden ataupun soalan demografi manakala soalan-soalan di bahagian B pula dibina berdasarkan objektif-objektif kajian. Kajian ini diukur berdasarkan tiga aspek utama iaitu faktor kepercayaan, trend masa kini dan masa di dalam pembelian secara atās talian. Bagi mencapai objektif kajian ini, semua maklumbalas daripada responden akan dikumpulkan. Seterusnya, data-data yang dikumpul akan dianalisis iaitu dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package of the Social Science).