Description:
Pasar raya merupakan pusat membeli belah yang sering dikunjungi oleh masyarakat kini. Iní kerana masyarakat sekarang sekarang lebih cenderung untuk nmemilih pasar raya besar sebagai pusat membeli belah mereka. Kajian ini bertajuk mengkaji faktor pengguna memilih membeli-belah di pasar raya besar. Dalamn kajian ini terdapat tiga faktor yang dikaji iaitu faktor lokasi, harga dan promosi. Bagi mencapai objektif kajian, maklumbalas dikumpu! dari responden berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi pengguna dalam memilih membeli-belah di pasar raya besar. Sebanyak 100 orang responden dipilih secara rawak daripada keseluruhan pelanggan yang mengunjungi pasar raya besar iaitu pasar raya besar Mydin dan Aeon Big. Kaedah tinjauan yang digunakan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden yang terpilih. Hasil dapatan kajian diproses menggunakan systemn SPSS (Statistical Package for Social Science). Ketiga-tiga faktor diatas memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pemilihan pasar raya besar sebagai pusat beli belah utama di kalangan penduduk di Permatang Pauh.