Description:
Projek logistik ini dilaksanakan bagi tujuan mengkaji persepsi pelajar-pelajar tentang penggunaan perkhidmatan teksi tidak berdaftar di Politeknik Seberang Perai. Selain itu, pengkaji juga melihat faktor-faktor yang berkaitan dengan harga, keselamatan dan juga kemudahan yang menjadi salah satu penyebab mengapa terdorongnya bagi pelajar-pelajar menggunakan perkhidmatan tersebut. Instrumen kajian yang digunakan bagi menjawab objektif khusus ialah berbentuk borang soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Sampel kajian ini dibuat di kawasan Politeknik Seberang Perai. Manakala, seramai 100 orang responden telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Seterusnya, data-data yang terkumpul di proses dan di analisis dengan menggunakan “Statistical Package of Social Science” (SPSS). Akhirnya cadangan yang dikemukakan kepada pihak-pihak yang berkepentingan dalam kajian ini.