Description:
Fenomena kemalangan jalan raya di Malaysia semakin hari semakin ketara. Saban hari media cetak dan elektronik menyajikan berita kemalangan jalan raya yang mengerikan dan menyayat hati. Mangsa kemalangan jalan raya juga tidak mengenal usia sama ada golongan tua, dewasa, remaja ataupun kanak-kanak. Pelbagai program telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Ops Pacak, Ops Sikap, Ops Statik, penggunaan helikopter untuk memantau pergerakan kenderaan, pengedaran poster, kempen kesedaran serta penguatkuasaan dilakukan dan merupakan metodologi yang digunakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa selamat ketika berada di jalan raya. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji punca-punca kemalangan jalan raya di atas Jambatan Pulau Pinang. Terdapat tiga punca kemalangan jalan raya di atas Jambatan Pulau Pinang dalam kajian ini iaitu, sikap pemandu, kondisi kenderaan dan kesesakan lalu lintas. Bagi mencapai objektif kajian, maklum blas dikumpul dari responden yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang.
Sebanyak 100 orang responden telah dipilih secara rawak di sekitar kawasan Permatang Pauh dan kaedah tinjauan digunakan dengan megedarkan soalan soal selidik kepada responden terpilih. Hasil dapatan kajian diproses menggunakan sistem SPSS (Statistical Package for Social Science). Dapatan kajian menujukan kondisi kenderaan punca utama kemalangan faktor sikap pemandu angan jalan raya diatas Jambatan Pulau Pinang, diikuti dengan faktor kesesakan lalu lintas.