Description:
Mesin Kuih Lapis Via Arduino merupakan satu projek yang dilaksanakan bertujuan untuk pengubahsuaian disamping dapat menambahkan fungsi projek tersebut yang dapat membantu mengurangkan banyak tenaga individu untnk membuat kuih lapis yang sempuma.Selain itu,banyak cara lagi untnk membuat penambahbaikkan pengukus kuih lapis tradisional ini menjadi lebih moden bagi memastikan kerja dapat dilakukan dengan cepat dan mudah. Mesin Kuih Lapis Via Arduino ini dapat digunakan dimana-mana tempat yang sesuai sama ada di kawasan pendalaman dan perbandaran. Dengan adanya projek Mesin Kuih Lapis Via Arduino ini,seseorang individu tidak perlu rnembuang masa untnk memerhati atau mengawal semasa proses mengukus kuih lapis sedang dijalankan,kerana itu kami mencipta dan menghasilkan Mesin Kuih Lapis Via Arduino ini dengan material yang sesuai dan mencapai objektif. Oleh itu, Mesin Kuih Lapis Via Arduino ini diharapkan dapat mendedahkan lagi kepada orang ramai tentang kelebihan mesin kuih lapis yang dapat mengurangkan tenaga dan dapat menjamin kesempumaan hasil kukusan kuih lapis tersebut.