Description:
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji terhadap pembudayaan perkongsian kereta di sekitar Permatang Pauh. Kajian ini memberi tumpuan kepada tiga aspek iaitu sikap pengguna, kos dan kesesakan di sekitar Permatang Pauh. Ini adalah kerana ramai orang tidak mengamalkan berkongsi kereta dengan rakan-rakan atau rakan sekerja untuk sampai ke destinasi yang sama. Oleh itu, pengkaji telah menjalankan kajian mengenai perkongsian kereta sekitar Permatang Pauh. Pengkaji memberi tumpuan kepada 100 responden untuk membantu pengkaji mengkaji pada beberapa orang yang menjalankan amalan berkongsi kereta dan pengetahuan mereka terhadap perkongsian kereta. Antara malumat yang diperolehi melalui kaedah statistik dari SPSS (Statistical Package for Social Science). Keputusan kajian menunjukkan tentang pandangan orang awam yang berpeluang mengamalkan perkongsian kereta di sekitar Permatang Pauh. Aspek yang telah terbukti menjadi salah satu punca utama kekangan amalan berkongsi kereta di kalangan orang-orang yang menggunakan laluan Permatang Pauh, terutma dari segi kesedaran. Kebanyakan mereka tidak merasa kepentingan berkongsi kereta dan sebahagian daripada mereka tidak mengetahui tentang faedah berkongsi kereta untuk diamalkan dalam rutin harian mereka.