Description:
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membuat kajian mengenai tahap pengetahuan pelajar mengenai pinjaman Tabung Usahawan Siswazah. Disini, pengkaji akan mengkaji tentang objektif kajian iaitu faktor kemudahan, faktor kelebihan dan juga faktor promosi yang mempengaruhi pelajar untuk mengetahui mengenai kewujudan pinjaman Tabung Usahawan Siswazah yang ditawarkan ini disamping dapat mempengaruhi pelajar memilih usahawan sebagai pilihan kerjaya. Responden kajian adalab terdiri daripada 100 orang pelajar Politeknik Seberang Perai yang terdiri daripada empat jabatan iaitu Jabatan Perdagangan, Jabatan Mekanikal, Jabatan Elektrik dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi manakala kaedah yang digunakan adalah melalui kacdah tinjauan. Instrumen kajian berbentuk borang soal selidik yang dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian A (soalan berkaitan maklumat responden) dan bahagian B (soalan berkaitan objektif kajian). Hasil dapatan diproses menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science / Statiscal Product and Services Solution). Analisis statistik dilakukan terhadap cirri ciri sample, pembolehubah bebas, pembolehubah bersandar dan pembolehubah pengantaraan. Hasil dapatan digunakan bagi membuat perbincangan dan kesimpulan manakala maklumat responden dikemukakan sebagai cadangan. Cadangan dikemukakan kepada 4 pihak yang berkepentingan iaitu pihak Politeknik Seberang Perai, pelajar Politeknik Seberang Perai, pihak SME bank dan pengkaji akan datang.