Description:
Pemasaran merupakan satu cabang perniagaan dalam memasarkan sesuatu produk. Hal ini sangat penting bagi peniaga-peniaga serta usahawan-usahawan berjaya dari Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk mereka lebih maju mengembangkan perniagaan yang mereka jalankan selaras dengan itu ramai pengusaha IKS masa kini yang menceburi bidang perniagaan mereka mementingkan pasaran produk, keuntungan dan strategi menarik pelanggan. Kadang-kala peniaga IKS tidak dapat pasaran yang luas disebabkan isu-isu yang dihadapi. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji persediaan pemasaran peniaga IKS di Seberang Perai, Pulau Pinang. Dalam kajian ini, elemen pemasaran diukur dari tiga (3) aspek iaitu tahap pengetahuan peniaga IKS, tahap kesedian mengikuti kursus dan juga strategi pemasaran. Bagi mencapai objektif kajian, maklum balas dikumpul dari responden berkaitan keperluan utama pemasaran dalam kalangan peniaga Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Sebanyak 100 responden telah dipilih daripada keseluruhan peniaga IKS yang ada disekitar Seberang Perai dan kaedah tinjauan digunakan dengan mengedarkan soalan soal selidik kepada responden. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor tahap penguasaan peniaga IKS mengenai pemasaran produk menjadi keperluan utama, manakala faktor tahap kesediaan peniaga IKS mengikut kursus dalam memasarkan produk dan diikuti faktor strategi peniaga IKS dalam memasarkan produk.