Description:
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji mengenai persepsi pekerja terhadap amalan keselamatn di Integrated Logistics Solutions Sd. Bhd. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak bagi menjawab borang soal selidik yang diedarkan secara kuantitatif. Borang soal selidik ini mengandungi 38 soalan yang dibahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian A mengandungi 10 soalan iaitu berkaitan dengan latar belakang responden. Manakala, bahagian B pula mempunyai 30 soalan yang merangkumi 3 persoalan kajian, iaitu untuk mengkaji faktor polisi keselamatan, faktor latihan keselamatan dan faktor peralatan keselamatan. Analisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) for window version 23 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan nilai min. Secara keseluruhannya, responden positif terhadap setiap soalan yang diedarkan. Min keseluruhan bagi faktor polisi keselamatan adalah 4.03. Manakala, min keseluruhan bagi faktor latihan keselamatan pula adalah 3.40. Bagi faktor peralatan pula mendapat min keseluruhan sebanyak 3.50. Terdapat beberapa cadangan dan pandangan yang telah dikemukakan supaya persepsi pekerja terhadap amalan keselamatan di tempat kerja dapat diperbaiki.