Description:
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi berlakunya kemalangan dalam kalangan pemandu trak di kawasan Perindustrian Perai, Pulau Pinang. Di sini, pengkaji akan mengkaji tentang objektif kajian sama ada faktor pengetahuan keselamatan, faktor polisi syarikat dan faktor kesihatan yang akan mempengaruhi berlakunya kemalangan dalam kalangan pemandu trak di kawasan Perindustrian Perai. Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumbalas responden mengenai faktor yang mempengaruhi berlakunya kemalangan dalam kalangan pemandu trak. Seramai 100 orang responden telah dipilih dengan cara purposive sampling secara menyeluruh yang terdiri daripada pemandu trak. Kajian ini menggunakan bahan metodogi dari sumber primer dan sekunder. Bagi memenuhi objektif kajian, borang soal selidik telah diedarkan kepada responden untuk memperolehi maklumat kajian. Hasil dapatan kajian menggunakan sistem SPS (Statistical Package for Social Science). Hasil daripada dapatan kajian, menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi berlakunya kemalangan dalam kalangan pemandu trak ialah faktor pengetahuan keselamatan, faktor polisi syarikat dan faktor kesihatan. Harapan terhadap kajian ini adalah supaya mana-mana pemandu dapat mempraktikkan pengetahuan keselamatan dengan sepenuhnya. Hal ini kerana, setiap pemandu perlu menggunakan segala ilmu pengetahuan tentang keselamatan dengan sebaik mungkin untuk mengurangkan kemalangan di kalangan pemandu trak.