Description:
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tentang persepsi penduduk terhadap perkhidmatan penghantaran makanan dikawasan Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kajian ini dijalankan adalah bagi mendapatkan maklumbalas daripada penduduk yang menetap disekitar kawasan Bukit Mertajam mengenai perkhidmatan penghantaran makanan dari segi faktor kadar harga, masa dan keselesaan pelanggan. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak daripada penduduk sekitar untuk memperolehi maklumat kajian. Borang soal selidik ini melibatkan jantina, status, bangsa, umur dan pekerjaan. Kajian ini menggunakan bahan methodology dari sumber primer dan sekunder. Borang soal selidik digunakan sebagai sumber primer. Borang soal selidik ini terdiri daripada 21 soalan yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian A dan B. Bagi memenuhi objektif kajian borang soal selidik ini telah diedarkan kepada responden untuk memperolehi maklumat kajian. Diharapkan dengan kajian ini dapat membantu pengusaha-pengusaha restoran dalam memperbaiki perkhidmatan penghantaran makanan yang ditawarkan berdasarkan daripada faktor-faktor seperti diatas.