Description:
Role model merupakan teladan yang baik perlu dicontohi. Sejak kebelakangan ini, ramai peniaga yang mudah putus asa dalam memperkembangkan lagi perniagaan. Oleh yang demikian, persepsi peniaga butik mengenai role model ini amatlah penting bagi membina semula semangat berniaga dalam kalangan peniaga butik. Dengan adanya role model ini para peniaga akan menjadikan seseorang itu contoh teladan yang dianggap sebagai role model, contohnya mengikut nasihat dan cara pengurusan perniagaan role model tersebut sehingga membuahkan hasil. Selaras dengan itu, pihak yang bertanggungjawab telah mengadakan program keusahawanan berjaya dalam membentuk semangat untuk menjalankan perniagaan dengan terns maju. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji "Persepsi Peniaga Butik Tentang Peranan Role Model Yang Menyumbang Kepada Pemiagaan Di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Kajian ini juga mengkaji sama ada role model dapat meningkatkan lagi motivasi, personaliti dan populariti dalam kalangan peniaga butik. Bagi mencapai objektif kajian, maklumbalas dikumpul daripada responden secara rawak. Seramai I 00 orang responden telah dipilih secara rawak daripada keseluruhan peniaga yang berada di sekitar Seberang Perai Tengah dan kaedah tinjauan digunakan dengan mengedarkan soalan kaji selidik kepada responden yang terpilih. Dapatan kajian menunjukkan bahawa personaliti role model menjadi keperluan utama dalam kalangan peniaga butik.