Description:
Kajian ini bertajuk 'Kajian Terhadap Kesedaran Masyarakat Tentang Perkhidmatan 'Park and Ride' di Kawasan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan masyarakat tentang perkhidmatan 'Park and Ride' di Pulau Pinang. Perkhidmatan ini aclalah salah satu amalan yang bertujuan untuk mengurangkan kesesakkan di dalam kawasan bandar. Kajian ini dilakukan dengan menggnnakan kaedah kajiselidik dan pengamatan ke atas pengunjung supaya dapat mengenalpasti kawasan kajian dengan lebih dekat serta mengetahui keadaan semasa kawasan tersebut. Selain itu, maklumat juga diperolehi daripada pihak berkuasa tempatan Pulau Pinang melalui kaedah temubnal. Seramai 100 orang responden di kawasan Bandar Sunway Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang telah menjawab borang soal selidik bagi memenuhi objektif-objektif kajian ini. Selain itu, untuk mendapat statistik kajian analisis yang tepat, sistem (SPSS) 'Statistics Package of the Social Science' telah dignnakan. Melalui sistem ini, data daripada dapatan kajian roenunjukkan bahawa masyarakat mengetahui tentang perkhidmatan 'Park and Ride' di Pulau Pinang.