Description:
Sistem penamaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah dibuat sejak dulu lagi pada tahun 1952. Sistem penamaan ini diwujudkan bertujuan untuk memudahkan ahli menamakan atau mengagihkan wang simpanan selepas ahli meninggal dunia. Sistem penamaan ini dapat membantu ahli keluarga pencarum mendapat tuntutan wang caruman dengan lebih cepat berbanding ahli keluarga pencarum yang tidak membuat penamaan. Pelbagai isu dan permasalahan yang timbul mengenai pembekuan harta KWSP yang tidak dituntut oleh ahli keluarga pencarum disebabkan ahli gaga! membuat penamaan di KWSP. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kefahaman orang ramai mengenai sistem penamaan di KWSP. Kajian ini menekankan beberapa aspek antaranya ialah faktor manfaat, faktor tahap pengetahuan, dan faktor kesan terhadap pencarum dan keluarga pencarum sekiranya tidak membuat penamaan di KWSP. Bagi mencapai objektifkajian seramai 100 pencarum yang beragama Islam di sekitar Seberang Jaya telah dipilih sebagai responden. Kaedah tinjauan yang digunakan adalah menerusi borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Hasil dapatan kajian diproses dan dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS versi 22. Daripada proses dan analisi yang dilakukan, hasil dapatan menunjukkan bahawa min purata tertinggi adalah faktor manfaat. Manakala min purata sederhana dan terendah ialah faktor tahap pengetahuan dan faktor kesan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pencarum disekitar Seberang Jaya, Pulau Pinang dapat difahami secara terperinci tentang sistem penamaan di KWSP.