Description:
Rejim cukai di serata dunia sering mencari jalan untuk meningkatkan kutipan hasil cukai negara. Kecekapan dan produktiviti sistem percukaian bagi sesebuah negara akan menentukan amaun yang akan dikutip bagi sesuatu tahun taksiran tersebut memandangkan hasil cukai merupakan sebahagian besar pendapatan negara. Jika sistem pematuhan cukai adalah cekap dan produktif, maka kutipan hasil cukai akan turut meningkat. Sejak sistem cukai diperkenalkan, faktor penentu pematuhan cukai bagi sesebuah negara sentiasa berubah. Tetapi sehingga kini, masih tiada penemuan yang dapat diketengahkan oleh para penyelidik mengenai penentu pematuhan cukai yang sebenar dikalangan usahawan e-dagang kursusnya terhadap pembayar cukai individu. Antara tiga faktor penentuan pematuhan cukai yang telah diuji iaitu kebarangkalian untuk diaudit, persepsi terhadap perbelanjaan kerajaan, dan peranan pihak berkuasa cukai. Kajian ini dijalankan terhadap usahawan e-dagang yang menjalankan transaksi jual dan beli barang secara elektronik. Pengelakkan cukai tanpa membayar cukai adalah dianggap sebagai jenayah dan boleh dikenakan penalti oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Pengelakkan dengan niat tidak mahu membayar cukai boleh dikenakan penalti yang maksimum yang ditetapkan oleh Akta Cukai Pendapatan 1967. Hasil kajian ini mungkin berguna kepada pihak berkuasa percukaian dalam meningkatkan dan mengalakkan usahawan dikalangan e-dagang dalam pematuhan cukai