Description:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pengguna di kawasan permatang pauh terhadap keberkesanan peranan KPDNKK dalam mengawal kenaikan harga barang. Dalam kajian ini, faktor yang dikenalpasti ialah pemantauan, pemeriksaan dan penguatkuasaan. Bagi mencapai objektif kajian, maklumbalas daripada pengguna di kawasan Permatang Pauh dapat dikumpulkan. Seramai 100 orang responden yang telah dipilih melalui kaedah persampelan kebarangkalian iaitu secara persampelan convenience. Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik. Bagi memenuhi objektif kajian kajian, borang soal selidik telah diedarkan kepada responden untuk memperolehi mak:lumat kajian. Hasil dapatan kajian diproses menggunakan sistem SPSS (Statistical Package for Social Science) version 22.0. Dapatan kajian menunjukkan aspek penguatkuasaan berada pada min tertinggi iaitu pengguna amat bersetuju dengan peranan KPDNKK, diikuti dengan aspek kedua iaitu pemeriksaan dan yang terakhir adalah peranan dari aspek pemantauan.