Description:
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji faktor kemasukan pekerja asing ke dalam industri logistik Perai, Pulau Pinang daripada persepsi pekerja tempatan. Kajian ini dibuat untuk mendapatkkan maklumbalas daripada pekerja tempatan industri logistik yang bekerja dengan pekerja asing Pelbagai faktor yang dikaji antaranya faktor kos, kualiti dan keselamatan. Seramai 100 orang responden terpilih secara rawak yang terdiri daripada pekerja tempatan industri logistik Perai, Pulau Pinang. Bagi memenuhi objektifkajian, borang soal selidik telah diedarkan kepada responden untuk memperoleh maklumat kajian. Harapan kajian ini adalah supaya syarikat dapat mernilih pekerja yang dapat mengurangkan kos syarikat, yang berkualiti dan rnematuhi polisi keselamatan syarikat yang telah ditetapkan.