Description:
Projek ini dibangunkan bagi membantu pensyarah menjimatkan masa mengambil kedatangan pelajar secara manual. Students Attendance System Via Radio Frequency Identification (RFID) mengandungi empat modul iaitu modul penterjemahan, modul maklumat pelajar, modul kehadiran pelajar dan modul peratus kehadiran. Kaedah yang akan digunakan bagi membangunkan sistem ini ialah System DevelopmentLife Cycle (SDLC). SDLC ialah rangka yang menerangkan fasa-fasa yang terlibat dalam membangunkan sesuatu sistem. Permasalahan yang berlaku sebelum sistem ini dibangunkan dianalisis di mana proses untuk mencari pelajar adalah dilakukan secara manual. Sistem yang akan dibangunkan menggunakan MYSQL dan data akan diproses dan diterjemahkan. Bagi reka bentuk sistem, proses dan rekabentuk perisian, komponan, modul, antara muka dan akhir sekali data bagi sistem tersebut dekenalpasti bagi memenuhi keperluan sistem. Diharapkan sistem ini dapat membantu dan memudahkan pensyarah membuat pengiraan peratus kehadiran pelajar.