Description:
Kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui tentang faktor pemilihan pengangkutan awam ( Bas Rapid Penang) oleh pengguna di Terminal Butterworth, Pulau Pinang. Kaedah skop kajian ini hanya menumpukan kawasan kajian di Terminal Bas Butterworth sahaja. Responden kajian adalah 100 orang yang terdiri daripada pelajar, kakitangan awam dan kakitangan swasta yang telah dipilih secara rawak. Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna terhadap tahap perkhidmatan, keselamatan dan keselesaan bas. Bagi memenuhi objektif kajian, borang soal selidik telah diedarkan dan analisis kajian dijalankan dengan teliti ke atas setiap borang soal selidik. Analisis kajian yang digunakan adalah program SPSS dan menggunakan kaedah peratusan serta min. Secara keseluruhannya, dapatan kajian tentang faktor perkhidmatan, keselesaan dan keselamatan pemilihan pengangkutan awam ( Bas Rapid Penang ) oleh pengguna di Terminal Butterworth adalah memuaskan. Berdasarkan kajian, kami telah dapati bahawa majority pengguna lebih memilih faktor keselesaan. Harapan terhadap kajian ini adalah supaya pihak pengurusan Terminal Butterworth dapat memperbaiki keadaan fizikal untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam di masa akan datang terutamanya dari aspek perkhidmatan, keselamatan dan keselesaan bas bagi menangani masalah tersebut. Justeru itu, beberapa cadangan membina seperti meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan, keselamatan dan keselesaan bagi setiap pengguna yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, menitik beratkan hal yang berkaitan dengan pengangkutan awam serta memastikan pemandu bas mempunyai lesen yang sah dan lebih kredibiliti supaya pengguna akan merasa lebih selamat untuk menaiki bas.