Description:
Kajian yang dilakukan ini adalah atas dasar untuk mendapatkan pengetahuan dan juga kefahaman yang jelas lagi mengenai pengurusan sisa makanan yang
diamalkan oleh pengusaha restoran secara sistematik. Pada masa kini pengurusan sisa makanan yang baik telah memainkan peranan yang lebih penting dalam memastikan restoran dan kawasan persekitarannya bersih dan tidak tercemar. Sisa makanan yang dibuang dalam kuantiti yang banyak merupakan salah satu punca terjadinya isu yang berkaitan dengan tapak pelupusan seperti bau busuk, penyebaran sisa- sisa toksik, pelepasan gas dari rumah hijau dan juga serangan kutu. Objektif bagi kajian ini adalah untuk menilai pengetahuan pengusaha restoran itu sendiri terhadap pengurusan sisa makanan. Dua sumber telah digunakan bagi melakukan kajian ini, iaitu sumber primer yang terdiri daripada borang soal selidik dan juga daripada pemerhatian manakala sumber sekunder adalah daripada maklumat yang dicari melalui jurnal, artikel dan sebagainya. Kajian ini melibatkan seramai 100 orang responden iaitu pengusaha restoran yang terbahagi kepada pengusaha Restoran Nasi Kandar, Restoran Makanan Steamboat, Restoran Makanan Segera, Restoran Masakan Melayu, Restoran Makanan Ala Barat dan lain- lain. Borang soal kaji selidik yang diedarkan telah dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian pertama ialah faktor tahap pengetahuan, bahagian kedua pula ialah faktor kaedah pengurusan sisa makanan dan bahagian ketiga ialah faktor dari segi keberkesanan pengurusan sisa makanan. Pengurusan sisa makanan yang sistematik memainkan peranan yang amat penting kepada pengusaha restoran dengan menunjukkan min purata keseluruhan adalah sebanyak 3.89.
VI