Description:
Perkhidmatan Uber membolehkan penumpang untuk menempah perkhidmatan Uber dengan mudah menggunakan aplikasi mudah alih melalui telefon pintar dan tablet (10S dan Android) selain menghantar sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji faktor pemilihan Uber oleh orang awam di kawasan Pulau Pinang. Beberapa faktor seperti faktor harga, faktor keselamatan dan faktor keselesaan diambil kira dalam menentukan faktor pemilihan pengguna untuk tujuan tersebut. Kajian ini hanya tertumpu kepada pengguna perkhidmatan Uber di kawasan Pulau Pinang. Oleh yang demikian, generalisasi dapatan kajian tidak dapat dilakukan secara menyeluruh ke atas semua pengguna perkhidmatan Uber. Bagi mencapai objektif kajian, seramai 100 orang responden yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang menggunakan perkhidmatan Uber di kawasan Pulau Pinang telah dipilih. Metodologi yang digunakan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi pemilihan ini adalah melalui kacdah tinjauan dengan mengedarkan soalan soal selidik kepada responden yang terpilih. Hasil dapatan kajian diproses menggunakan sistem SPSS (Siatistical Package for Social Sience) versi 19. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor keselesaan menjadi keperluan utama dalam pemilihan pengguna terhadap perkhidmatan Uber di kawasan Pulau Pinang, diikuti oleh faktor keselamatan dan akhir sekali dengan faktor harga.