Description:
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan di Syarikat Era Bayam Kota Bharu, Kelantan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji pandangan pelanggan terhadap faktor harga, kualiti dan saluran agihan yang disediakan oleh Syarikat Era Bayam Kota Bharu, Kelantan. Kajian ini menggunakan sumber data primer dan data sekunder dalam melaksanakan kajian. Sebanyak 100 borang soal selidik juga diedarkan kepada responden bagi menjawab persoalan untuk memenuhi objektif kajian seperti yang di jalankan. Terdapat 5 soalan telah dibina bagi mewakili bahagian A, iaitu soalan mengenai latar belakang responden dan sebanyak 25 soalan mewakili bahagian B yang menyatakan soalan mengenai faktor harga, kualiti dan saluran agihan. Data-data yang diperolehi dan analisa melalui “Statistics Package of the Social Science “ (SPSS) adalah membantu kajian penganalisan dan di analisis dengan menggunakan kaedah statistic, deskriktif, min dan frekuensi. Daripada dapatan kajian, jelas menunjukkan faktor harga paling mempengaruhi kepuasan pelanggan di Syarikat Era Bayam Kota Bharu, Kelantan.