Description:
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji persepsi terhadap perkhidmatan kurier di kalangan penduduk Seberang Perai. Di mana pengkaji ingin merungkai persepsi pengguna terhadap perkhidmatan yang disalurkan oleh syarikat kurier kepada pengguna berikutan pada zaman sekarang perkhidmatan kurier menjadi satu keperluan utama bagi pengguna untuk membuat penghantaran sekaligus memberikan banyak keuntungan kepada pihak pengguna dan pihak syarikat kurier sendiri. Sumber kajian yang digunakan untuk mendapat jawapan terhadap persepsi pengguna ialah berbentuk borang soal selidik yang dibuat dalam analisis kuantitatif yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Seramai 100 responden terdiri daripada pengguna perkhidmatan kurier yang terdapat di kawasan Seberang Perai diambil sebagai sampel dalam kajian ini. Seterusnya data-data yang terkumpul diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisin Microsoft Word dan SPSS (Statistical packaging of social sciences). Dapatan kajian ini disimpulkan kepada tiga faktor iaitu faktor harga, faktor kemudahan dan faktor masa.